Thursday, February 9, 2012

Kerana Mu.....aku Menangis





Angel Graphics and ScrapsKerana Mu.....Aku Menangis



Biarkan rasa ini akan terus ada
keujudan cinta di hati
laksana sang pelangi
menemani kealpaan merindu orang disayang
indah kurasakan

Kasih yang ku dambakan
seketika akan berbunga
hilang tanpa kata kata
pergi mu bersama angin lalu
jesteru itu hati ku dilukai
amat menusuk kalbu
kerana mu ku tersiksa

Kau rasuki jiwa ini
menyiksa batin tersiksa
Love Pictures Scraps and Graphicsterkedu....
termanggu.....
nasib yang memusuhiku
menghitung hari hari
tak pernah rasa bahagia

Tanpa sedari siapa diri 
tega..... mengemis kasih orang
menumpang dikaki lima sudut hati
masih ujud kah rasa sayang
atau telah ujud kebencian kini
aku tak tahu.......

Aku dihujung persimpangan
walaupun antara rela atau keterpaksaan
kehilangan kasih mu
bersama sinar nostalgia 
ku lepaskan kau pergi jua

Ada masa....
kiranya dapat kau merasi
kekusutan kepiluan dihati ini
bagai semarak api yang membakar
kerana kehilangan kekasih
pergi mu......tanpa pesan
tanpa merasa aku manusia
yang punya perasaan sama seperti mu
kerana mu......aku menangis


Disember 23, 2011   5:13am





Aku, dia atau kalian....




Aku, dia atau kalian....


Dalam dakapan malam
ku renungi kisah semalamku
pintu hatiku diketuk oleh
nostalgia yang telah ku tinggalkan
suka duka kehidupan maya
mencengkam membara


Terlerai kasih....
apakah definasi sebenarnya
jika hati dan jiwa tersiksa
bagai lagu tanpa irama
dibelenggu kekosongan dan kesepian
menghimpit menerjah saban tika
inikah kesannya?....
inikah pengertiannya?....


Persoalan demi persoalan
melengkar membaluti sanubari
adakah aku tersilap percaturan
suatu keputusan drastik
meleraikan kasih sayang
oh! tidak mungkin....
percaturanku demi maruah dan harga diri


tapi kenapa aku terus dialunkan
dengan irama sayu yang mengetar jiwa
kenapa?....


Aku tertunduk mengalah
hilang keyakinan diri
hilang kekuatan diri
hilang punca arah
hilang segala galanya
aku tersiksa yang amat
tak tertanggung lagi
satu persoalan....
adakah aku terlalu menyiksa diriku
sendiri?....
siapakah yang harus menilaikannya
aku, dia atau kalian






Januari 29, 2012   10:25am








Aku Dia atau Kalian......







Wednesday, February 8, 2012

Demi kau yang kelmarin....



Terlerai sudah kasih sayang
kasih abadi kelmarin kumiliki
sekian lama ku semadikan
disegenap rongga rongga jiwa
kini terkulai layu tak bermakna lagi
aku pasrah....
demi kau yang kelmarin bernama isteri.

Kesangsian ku ternoktah
keegoanmu mengatasi segalanya
kau kupu kupu bebas kini
bebas mengikuti irama lagu
yang kau ciptakan
sejajar dengan keinginanmu
tuntutan nafsumu tak terbatas
aku pasrah....
demi kau yang kelmarin bernama isteri

Kau persiakan peluang kedamaian
sesuatu yang terbentang luas
untuk kau garap
tapi....
kepahitan maung kau taburkan
janji hanya tinggal janji
kau terusan permainkan ragaku
aku pasrah....
demi kau yang kelmarin bernama isteri

Kini kau dan aku
adalah dua perjuang yang berbeza
perjuangan mu demi kebebasan
perjuangan ku demi maruah dan harga diri
semuga kau bahagian dengan kebebasanmu
ku tetap iringkan doa
agar kau temui apa yang kau impikan
salam sejahtera dimana saja kau berada
aku pasrah....
walaupun kau bukan lagi bernama isteri


Januari 24, 2012   11:27pm


Demi kau yang kelmarin....






Aku tewas dalam kesesatan



TestBlog BroUban

                                                                                       
                                                                                                        




Masa terus terusan mendalangi harianku menjana kekusutan yang amat maha mendampingi perjalanan kembara melalui liku liku harian tanpa perancana membiarkan diri ditakluki kehampaan yang memutarbelitkan ketenangan jiwa tergundah terkulai layu.... Kesepian.... aku tersiksa sengsara membiarkan diri terasing sendirian membiarkan diri hanyut entah kemana memahat satu kepayahan azali terdampar kekosongan ditepian ruang ruang masa




terserlah makna tersembunyi melingkari jiwa sanubari mencengkam, menusuk keliang kalbu menatapi sesuatu hukuman hayat tanpa menduga apa kesudahannya tanpa menduga apa ertinya kini aku kebinggungan tertanya tanya siapa dan apa yang kurindukan Keresahan.... tidak dapat ku nafikan lagi menyiksa dan terus tersiksa
merobek robek.... keperibadian dan ketenangan hati aku tenggelam didasar ketewasan aku tenggelam didasar kesesatan hilang arah sentuhan kehidupan asal dihanyut arus ketentuan waktu Apa.... haruskah aku pasrah pada kesepian.... kerinduan.... keresahan... mendalangi hidupan ku kini aku tewas.... tewas dalam kesesatan Januari 12, 2012 9:16pm





TestBlog BroUban

Puisi Dan Gurindam



Suatu Ungkapan.....Keramat

Mengapa kau sepi
membisu seribu nokhtah
tika waktunya keasyikan cinta berputik
aku penunggu setia
seiring seirama pungguk rindukan purnama
mengharap kau menjadi penyinar hidupku


Menyendiri....
kesepian.... keseorangan
meniti perjalanan ketandusan masa
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku
termanggu....
tunduk terbuai


Aku mendambakan dirimu















hadirlah kau dalam kehangatan dakapan 
kasihku....
kan ku lagukan irama syahdu
menghayati kesempurnaan keluhuran 
suatu ungkapan....keramat
Aku cinta padamu


Semoga engkau kan mengerti
tentang perasaan ini
maaf.... aku telah dibuai
akan indahnya percintaan ini
iringi aku....
menghayati kesempurnaan keluhuran
suatu ungkapan....keramat
Aku cinta padamu






Januari 04, 2012   4:34pm


Suatu Ungkapan.....Keramat

Tuesday, February 7, 2012

Membuat Pages Pada BLOG


Salam semua!
Jom kita menambah widge untuk mencantikan lagi blog kita.
Hari ini saya mahu ajar cara-cara untuk meletakkan number muka surat bagi menggantikan Older Post atau Newer Post.
Order dan Newer post ini kadang-kadang menyusahkan pembaca untuk melihat page kita.
Saya sendiri pun susah untuk melihat page orang itu kalau page dia tak ada halaman muka surat.
Nak tahu tak macam mana yang saya katakana sebagai halaman muka surat. Adalah seperti ini dibawah blog saya.. yang ada page 1, 2, 3,4,5



Ramuan yang perlu di letak adalah seperti berikut

Login ke Blogspot .

Klik Layout > Add a Gadget Javascript / HTML

Copy kod di bawah dan Pastekan kedalamnya…




Animated Recent Post Widget



Update: Bagi sesiapa yang menghadapi masalah background widget ini tunjuk 'bandwidth exceed", boleh copy semula kod dibawah, dan masukkan semula url anda..


Kesulitan dikesali.




Meletakkan animated recent post widget dapat men'stail'kan lagi cara paparan recent post yang ada pada blog anda. Contoh recent post widget adalah seperti berikut.


(tunggu page habis load utk tengok pergerakan, pergerakan sebenar adalah lebih perlahan dan lancar)







Berikut adalah cara-cara untuk menggunakan widget ini.

1. Dari dashboard > design > add a gadget > HTML/javascript

2. copy code berikut dan paste di ruangan HTML/javascript






Tutorial Buat Tab Menu / Navbar Menu



Mempunyai tab menu ataupun navbar menu dalam sesebuah blog boleh digunakan oleh pemilik blog untuk meletakkan link yang penting atau link yang ingin diberi perhatian oleh pengunjung blog. Anda boleh lihat contoh tab menu yang ringkas di sini


Tutorial untuk membuat tab menu / navbar menu adalah seperti berikut.



1. Dari dashboard > design > edit html
(backup template untuk langkah berjaga²)

2. Menggunakan fungsi find (ctrl + F), cari kod ]]></b:skin>
2.1 Jika tidak jumpa, cari kod </head>

3. Copy dan paste kod di bawah SEBELUM kod yang anda jumpa di langkah 2 @ 2.1 



Letak Tajuk Entri Pada Read More



Kebiasaannya, apabila sesebuah blog menggunakan fungsi readmore, perkataan yang keluar adalah samada 'read more', 'baca lagi', 'klik untuk teruskan pembacaan' dan lain-lain tanpa melibatkan tajuk sesebuah entri.


Tutorial ini akan menerangkan bagaimana untuk menambah sedikit kod daripada tutorial readmore sebelum ini untuk membolehkan tajuk entri keluar secara automatic selepas perkataan 'readmore' (atau perkataan lain berkaitan'.


Sebelum



Letak Tajuk Entri Pada Read More





Cara Letak Linkwithin Dalam Blog




Linkwithin antara blog yang berguna untuk memaparkan post yang berkaitan dalam sesebuah blog. Link within ini berbeza dengan 'related post' biasa kerana linkwithin memaparkan thumbnail bagi entri yang berkaitan.


Contoh:





Antara kelebihan menggunakan linkwithin adalah:
1.Paparan dengan thumbnail yang lebih menarik perhatian pengunjung
2.Cara yang mudah untuk letak dalam blog tanpa memerlukan ubahan yang kompleks.


Berikut adalah cara ringkas untuk meletakkan linkwithin dalam blog.



Background Dalam Sesebuah Entri





Background sesebuah post biasanya akan mengikut default yang telah ditetapkan dalam setting blogger. Tetapi ada satu trick yang boleh digunakan untuk menjadikan background yang berbeza untuk entri yang dikehendaki sahaja. 


Contohnya entri ini yang menggunakan background bercorak bunga-bungaan, tidak seperti entri lain yang berlatar belakangkan warna putih sahaja.


Tutorial untuk membuat background untuk post adalah begitu senang.


Apa yang bagusnya adalah, anda boleh pilih gambar apa sahaja yang anda mahu untuk background, dan anda boleh pilih untuk hendak letakkan dalam post yang mana satu untuk blog anda.



Free Automatic Backlinks Online

Hello Visitor If you arrived here you're looking for visibility Well Create your automatic back link here

Copy this html code to your website » Free Backlink

e-referrer.com

Blogger Yang Saya Hargai :

Sistema Enlaces Reciprocos